Sunday 15 December 2013

BERSABAR TAK PENTING!?


Special thanks goes to Mr.Google for this images...



Bila hangpa jumpa orang yang duk dalam gelisah,atau pun hidup dia tengah susah,takyah lah nak pergi tepuk bahu dia,pergi peluk dia ke,lepas tu cakap,
"Mu sabo deh,kejap je ni.Allah nok uji mu ni"
Tak yah lah buat camtu,eh,betul dah tindakan tu.
Tapi SIA-SIA je..!
'Uh?Pesal plak doe?'
Meh sini gua nak cakap lu,kalaulah ada orang ataupun diri kita sendiri yang dalam 'DIFFICULTIES',kalaupun pi cakap sabar,
Ya,betul dah sabar itu perlu.Tapi,macam mana cara nak sabar der???
Ha!Tu Masalahnye!
Bertenang,solusinya adalah dengan bersyukur.
BUKANKAH ALLAH TELAH MENGATAKAN BAHAWA ALLAH BERSAMA HAMBA-HAMBANYA YANG SABAR...
(Aik,apa kau nak cakap skarang nie eh?)
Tak,bawak keluar ayat tu,sebab nak cakap,Allah kata Dia bersama hambaNya yang sabar.
Question here is,HOW WE CAN BE PATIENCE?HOW TO GAIN PATIENCE?
SEKALI LAGI NAK CAKAP,CARA NAK RAIH SABAR ADALAH DENGAN BERSYUKUR.
Inilah cara nak sabar,bersyukur,sebab Allah apabila Dia rindukan hamba-Nya,Dia akan memerintahkan malaikat untuk menyampaikan hadiah kepada hamba-Nya itu,
HADIAH BERUPA UJIAN/DUGAAN/CUBAAN/KEPAYAHAN.
Jadi,sebelum hang nak sabar tu,renungkanlah dan berfikirlah,
semua yang terjadi ada asbab dan akibat.Dan ada hikmah.
EVERYTHING HAPPEN FOR REASON.
Jadi,masa tengah susah tu,bersyukurlah sebab Allah merindui dirimu.
Sebab tulah Dia hantar dugaan untuk hang,
sebab kalau tak hantar,belum tentu hamba Dia ni nak ingat dekat Dia.
Orang biasanya time susah baru nak ingat Allah.
(Nauzubillah himin zalik)
Jadi,sebab Allah rindu tulah Allah uji.
Bila kita bersyukur dengan dugaan-Nya dengan sebab kita tahu Dia menguji kita kerana Dia sayangkan kita,Automatik der,AUTOMATIK!Sabar itu akan menyusul.
Sebab kita sedar dan tahu bahawasanya Allah sedang menguji kerana Dia sayangkan kita.
Dan ingatlah,Allah kata dah,
"Jikalau engkau bersyukur,maka akan Aku tambahkan lagi"
Tambah apa? +_+
Tambah air?Tambah nasi?Tambah markah?Tambah bini?Tambah duit?(yg ni ramai nak ni)
Taklah jugak,Allah akan tambah rezeki kita.
Baca elok-elok,Allah tak spesifikkan apa yang Dia akan tambah.
Sebab lain orang lain keinginan...
Tengok,bersyukur pun ada ganjaran,sabar pun ada kelebihan.Wau!Bonus tu!
Konklusinya disini,bila ada insan dalam kesusahan,
sebelum tu ingatkan dia,bersyukurlah bahawa sesungguhnya Allah mengasihinya dan ingin menguji kesabarannya dan ingin menarik dia kembali kejalan yang benar.
Tapi jangan pulop,orang baru hilang mak ayah,hang pi cakap,
"Bersyukur deh mak ayah hang meninggal"
Maunya tak duduk rumah hang,duduk hospital lah.
Cakap macam nie,
"Bersyukurlah Allah ambil mereka.Sebab cuba bayangkan kalau dia masih hidup,dia wat dosa,susah nak masuk syurga.Lagipun bila dia 'pergi' awal,terhindar sikit fitnah akhir zaman"
[Pandai2lah karang ayat sendiri,tapi jangan buat ayat nak makan pelempang sudah.. ]


JADINYO,BILO MU TENGOH SUSOH,MU JANGAN DUK INGAT NOK SABO JE,
KALU TAK RETI NAK SABO,GUANE CERITE DEME?
JADI,BERSYUKURLAH DAHULU.
KERANA UJIAN ITU DATANG UMPAMA HUJAN.
HUJAN YANG AKAN MEMBAWA PELANGI DAN MENTARI.
BEGITU JUGA KEHIDUPAN,ALLAH TAK JANJIKAN KEHIDUPAN KITA AKAN SELALU SENANG,PAROK AH GITU...SENANG SOKMO,BILE SUSOH MULE MERACAU NYE.
JADI,BERSYUKURLAH ANDA DAN BERSABARLAH!


"Keep Calm And Don't You Worry,Allah Is Always Watching"
"MAY ALLAH BLESS AND PEACE BE UPON"
"E PLURIBUS UNUM"

Saturday 14 December 2013

Daia and Muslim

Haha...
 Apa kaitan pulak Daia dengan Muslim ni?

Sebelum saya mula muqaddimah artikel ni,biarkan saya hulurkan salam dulu..
Assalamualaikum wbtww.
Nak promote sikit.Nilah Daia.. =)



Dalam artikel ni bukanlah saya nak katakan yang Daia boleh membawa kita ke syurga,tak..
Bukan nak buat konspirasi pulak.
Tapi nak ambil contoh daripada iklan dia.
Kalau anda semua duduk di Malaysia,dan pernah tengok iklan Daia,
mesti dah tahu jalan cerita iklan dia.
Untuk yang tak tahu atau tak ingat,sini nak cerita..
Dalam iklan tu,keluarga ni main sorok-sorok.
Si ibu kena cari anak perempuan dengan lelaki dia, + suami dia.
Ajaibnya Daia ni,bau wangi dia semerbak,si ibu ni dapat kesan dari jauh bau Daia..
Jadi,in count of few seconds,family reunion occur,maknanya si ibu ni berjaya menemui semua ahli keluarga dia.
Dengan sebab bau Daia tu.

Apa kaitan dengan Muslim?

Ni nak analogi je ni.
Di Padang Mahsyar nanti,Setiap Muslim yang mana mengambil wudhu' di bumi,anggota wudhu' itu akan bercahaya. 
As in,meaning that muka,tangan dan kaki Muslim yang mengambil wudhu' di muka bumi ni akan bercahaya.
Lalu Nabi Muhammad(S.A.W) akan berjaya mengesan dengan sebab bercahayanya kesan wudhu' di anggota tubuh umatnya.
Baginda lantas berkata,"Ummati,Ummati."
Baginda pun menjemput umatnya ke perigi/telaganya untuk meminum air.
Tapi daripada ramai2 umat yang datang tu, Ramai yang disekat oleh para malaikat daripada meminum air itu.
Lalu Baginda bertanya,Mengapa kamu menyekat mereka?
Malaikat pun jawab,"Ya Muhammad,mereka berwudhu' dan melaksanakan solat,tetapi mereka turut membenarkan kemungkaran berlaku....."
Nabi Muhammad lantas menyuruh malaikat menyekat mereka.
Nampak dimana analoginya?
Kalau dibumi,kita dapat dikesan dengan sebab wanginya bau Daia(ikut iklan lah),
Kalau di Padang Mahsyar nanti,kita kan dapat dikesan dengan
sebab bekas wudhu' kita.

Tapi dengan sekadar solat tak akan mampu menampung kita di sana...
Macam kita makan nasi,kena ada lauk.
Samalah dengan solat,dengan fardhu,sertakanlah yang sunat.
Dengan solat,sertakanlah ibadat2 lain yang dituntut...


 "MAY ALLAH BLESS AND PEACE BE UPON"
"E PLURIBUS UNUM"
 
originally designed by ThE DaRk ScAvEnGeR